• Kecerdasan Aliran Kos
  • Menguruskan restoran
    Ciri-ciri program
    • Kawalan kos restoran
    • Pengurusan perolehan
    • Pengurusan penyimpanan dan kerugian
    • Analisis faedah resipi menu
    • Pengurusan jenama rantaian/francais
    • Pengurusan proses dapur pusat/kilang
    Analisis laporan
    • Analisis perolehan dan perbelanjaan
    • Analisis inventori
    • analisis keuntungan
    • Analisis keuntungan makanan
    • Analisis Ungkapan Pembekal
    automasi
    • Perakaunan l POS l Integrasi Sistem
    • Buka API
  • Mengapa memilih kami?
    Jenis perniagaan
    • 小型餐廳
    • Restoran rantaian
    • Jenama francais
    • Kumpulan Korporat [Dapur Pusat]
    • pembekal
    • Bangunan Akauntan
    Bahagian restoran yang disambungkan dengan lancar
    • Pengurus restoran
      Gunakan aplikasi mudah alih untuk membuat pesanan dengan pembekal untuk memastikan bahan-bahan itu mencukupi
    • Jabatan Pameran|Daiko
      Terdapat keuntungan yang munasabah daripada memeriksa perubahan harga bahan untuk memastikan produk dijual
    • Lantai |Pembantu
      Inventori mencatat produk keausan yang berlebihan
    • Penggunaan pelbagai platform | tiada perkakasan tambahan
      Bila-bila masa, bila-bila masa, bila-bila masa | Akses Mudah
    • Pasukan Pengurusan | Senior
      Kawal perbelanjaan restoran dalam masa nyata dan bandingkan jualan dengan cepat
    • Bahagian Perolehan
      Perhalusi data operasi laporan dan perbincangan dengan pembekal
    • Jabatan perakaunan
      Segerakkan ke sistem perakaunan untuk menyimpan akaun dengan cepat
    • Dapur tengah|kilang
      Terima pesanan pembelian restoran dan atur pengeluaran
    Kelebihan berbanding perisian lain
    • ERP|POS |Excel|Sistem Perakaunan
  • Bagaimana untuk bermula
  • nilai
  • hubungi
  • Kisah pelanggan
    Perkongsian kes
    • Perkongsian Testimoni Pelanggan
    • Senarai Pelanggan
    Pengajaran sistematik
    • Pengajaran sistematik
    • Proses fungsi sistem
    Maklumat aliran kos
    • Kemas kini log
  • Log masuk
  • Mulakan percubaan
Log masuk
Mulakan percubaan
Malay
繁中
English
簡中
Malay
Maklumat Pasaran
Zoe Chen

7 Sebab Margin Untung Kasar Restoran Turun Naik & Cara Atasinya

April 17, 2026
Untung restoran turun naik? Ini 7 sebab dan cara urus kos dengan AI.

Ramai pemilik restoran pening kepala dengan masalah yang sama: bulan lepas untung nampak okey, bulan ini jualan lebih kurang sama, tapi kenapa margin untung kasar (gross margin) tiba-tiba merosot sampai tak boleh nak jelaskan?

Masalahnya biasanya bukan pada satu perkara sahaja, tapi berpunca daripada proses pembelian, dapur, stor, kiraan stok (stock-take), dan akaun yang tidak selari. Kalau anda terpaksa tunggu sampai hujung bulan atau tunggu laporan akauntan baru tahu untung jatuh, maknanya anda sudah terlambat selangkah.

Untung yang turun naik tak bermakna anda tak pandai berniaga. Selalunya, ia berpunca daripada data operasi yang tidak "real-time" dan proses yang tidak standard—semuanya terkubur dalam timbunan resit kertas, Excel, mesej WhatsApp, dan rekod manual.

Kenapa Margin Untung Restoran Tak Stabil? Ini 7 Sebab Utamanya:

1. Harga Barang Dah Naik, Tapi Anda Lambat Perasan

Banyak restoran lambat perasan bila pembekal naikkan harga. Hari ini daging mahal sikit, esok saiz seafood berubah, lusa harga minyak pula naik. Kalau tengok satu-satu resit memang nampak kecil, tapi bila dah kumpul sebulan, margin anda "dimakan" tanpa sedar. Tanpa sistem pantau harga secara langsung, perubahan ini sangat mudah terlepas pandang.

2. Resipi Ada Standar, Tapi Dapur Tak Ikut

Secara teori, setiap hidangan ada sukatan (portion) masing-masing. Tapi realitinya, bila kedai sibuk atau tukar syif, staf dapur selalunya guna "agak-agak" saja. Bila setiap pinggang terlebih 10 gram, kos bahan mentah akan lari jauh daripada bajet asal.

3. Pembaziran dan "Makan Staf" Tak Direkod

Barang tamat tempoh, salah masak, atau makan staf adalah perkara biasa. Masalah timbul bila semua ini tidak dianggap sebagai data rasmi. Akhirnya, stok berkurang dan pembelian bertambah, tapi anda tak tahu kenapa kos melambung tinggi.

4. Kiraan Stok (Stock-take) Tak Tepat

Kadang-kadang margin nampak pelik sebab cara kira stok yang tak konsisten. Ada yang kira ikut kotak, ada yang ikut paket, ada yang main agak-agak saja untuk botol yang separuh penuh. Bila data awal tak betul, laporan untung rugi anda hanyalah sekadar "anggaran" sahaja.

5. Harga Menu Tak Berubah, Tapi Struktur Kos Dah Lain

Ramai bos takut nak naikkan harga menu sebab risau pelanggan lari. Tapi pembekal takkan tunggu anda. Selain itu, kalau pelanggan tiba-tiba lebih banyak order menu "set promo" yang untungnya nipis berbanding menu biasa, margin keseluruhan anda akan jatuh walaupun jualan nampak tinggi.

6. Data Masuk Lambat, Bos Tengok "Berita Lama"

Inilah masalah paling besar. Invois dan resit bersepah di stor atau dalam telefon staf. Bila data lambat masuk sistem, masalah sudah pun berlaku. Pengurusan margin sepatutnya tentang kawalan operasi, bukan buat kajian sejarah. Sistem AI seperti Costflows membantu menangkap data resit serta-merta supaya anda boleh buat keputusan lebih cepat.

7. Setiap Jabatan Buat Kerja Masing-Masing

Bahagian pembelian fokus pada harga, dapur fokus pada masak, akaun pula fokus pada rekod. Bila tak ada sistem yang menyambungkan semua jabatan ini dengan satu set angka yang sama, setiap orang akan rasa mereka dah buat kerja dengan betul sedangkan untung syarikat sedang "bocor."

Cara Stabilkan Margin Untung Anda

Jangan terburu-buru nak potong kos secara membuta tuli. Cara yang lebih praktikal ialah:

  • Kenal pasti 3 punca utama: Harga pembekal, kos barang paling mahal, dan pembaziran stok.
  • Kerapkan kemas kini data: Jangan tunggu sebulan sekali. Pantau harga dan stok setiap minggu atau setiap hari.
  • Gunakan Teknologi AI: Biar sistem seperti Costflows uruskan kerja remeh seperti masukkan data invois secara automatik supaya anda boleh fokus pada strategi bisnes.

Pengurusan yang berkesan bukan tentang menjelaskan kenapa untung kurang di hujung bulan, tapi tentang tahu risiko kerugian setiap hari sebelum ia menjadi masalah besar dalam laporan kewangan anda.

‍

Zoe Chen

Zoe Chen

Digital Marketer

Berkongsi Info F&B





Subscribe To Our Newsletter - Webtech X Webflow Template

訂閱最新消息

不要錯過任何餐飲的資訊


Thanks for joining our newsletter.
Oops! Something went wrong.

其他資訊

瀏覽全部
Sistem Akaun Belum Bayar (AP) vs Excel: Mana Satu Lebih Untung untuk Bisnes Restoran Anda?
Maklumat Pasaran

Sistem Akaun Belum Bayar (AP) vs Excel: Mana Satu Lebih Untung untuk Bisnes Restoran Anda?

AP system vs Excel: Automate data, track costs, and grow your F&B profits

前往

Cara Kurangkan Kos Makanan Restoran dengan AI: 6 Strategi Pintar Costflows
Maklumat Pasaran

Cara Kurangkan Kos Makanan Restoran dengan AI: 6 Strategi Pintar Costflows

Urus kos makanan & untung rugi restoran dengan AI pintar Costflows.

前往


Adakah anda mempertimbangkan apa yang anda perlukan? Cubalah sekarang secara percuma

percubaan percumaHUBUNGI KAMI
Ciri-ciri program
  • Kawalan kos restoran
  • Pengurusan perolehan
  • Pengurusan penyimpanan dan kerugian
  • Analisis faedah resipi menu
  • Pengurusan jenama rantaian/francais
  • Pengurusan proses dapur pusat/kilang
Pengenalan kepada sumber
  • Perkongsian Testimoni Pelanggan
  • Senarai Pelanggan
  • Pemula di jalan raya
  • Kemas kini log
Pautan lain
  • Perbelanjaan Pengeluaran Automatik
  • Bagaimana untuk bermula
  • nilai
  • Tentang kami
  • Kelebihan berbanding perisian lain
  • Buka API
  • Costflows vs Restoke
  • Costflows vs Food Market Hub
  • Costflows vs Foodival
  • Costflows vs Airpurchase
其他連結
  • 自動擷取支出
  • 如何開始
  • 價錢
  • 關於我們
  • 對比其他軟件的優勢
  • 開放式API
Subscribe To Our Newsletter - Webtech X Webflow Template
Dapatkan berita terkini kami

Kami melancarkan beberapa ciri baru setiap bulan, melanggan e-mel kami dan terus berhubung.

Terima kasih kerana menyertai surat berita kami.
Oops! Sesuatu telah lama.

© Hak Cipta 2026. Semua Hak Terpelihara oleh Costflows Limited | Dasar Privasi & Tempoh Penggunaan